HUKUM MEMBERI SALAM
Salam merupakan asas bagi tiap muslim dan muslimah yang perlu diketahui dan di jadikan pegangan serta amalan dalam pergaulan harian.
Hukum memberi salam itu adalah "sunat" dan Nabi Muhammad s.a.w melakukan demikian serta malazimi dan membiasakan diri dengan memberi salam. Manakala hukum menjawab salam adalah "wajib" iaitu sekiranya tidak menjawab hukumnya berdosa. (Rujuk Imam Al-Hafiz Abi Al-Ali Muhd. Abdul Rahman b. Abd. Rahim. 1353H. 469)
Maka di sini berdasarkan Firman Allah iaitu:
#sÎ)ur LäêÍhãm 7p¨ÅstFÎ/ (#qyssù z`|¡ômr'Î/ !$pk÷]ÏB ÷rr& !$ydrâ 3 ¨bÎ) ©!$# tb%x. 4n?tã Èe@ä. >äóÓx« $·7Å¡ym ÇÑÏÈ
Dan apabila di ucap dengan satu ucapan maka balas olehmu dengan ucapan yang lebih baik daripadanya atau jawab secara yang elok. Sesungguhnya Allah sentiasa menghitung setiap sesuatu.
(Surah Al-Nisa : Ayat 86)
Melalui ayat ini Allah menyuruh kita mengucapkan sesuatu yang baik dan bermakna seperti salam atau seumpanya yang menandakan penghormatan terhadap orang lain seperti tabik, lambaian tangan dan sebagainya. Maka dengan itu kita hendaklah membalasnya dengan sebaik mungkin kerana Allah Maha Mengetauhi segala yang dilakukan hamba-Nya sama ada melalui amalan dan niat. Inilah yang di hitungkan ke atas hamba-Nya.
Dari ayat di atas Rasululluah s.a.w menjelaskan melalui sepotong hadis yang diriwayatkan oleh Abu Hurairah iaitu:
Memberi salam oleh yang berkenderaan ke atas yang berjalan, yang berjalan ke atas ygang duduk, yang sedikit ke atas yang banyak dan pada satu riwayat “yang kecil ke atas yang besar”
(Riwayat Al-Bukhari)
Hadis ini memberi pengajaran bahawa salam itu merupakan satu penghormatan dari seorang kepada orang lain dalam Islam. Ucapan salam itu tidak semestinya di lakukan dengan perkataan tetapi juga boleh dilakukan dengan isyarat seperti membunyikan hon kenderaan ketika memandu. Dengan perkataan lain ucapan salam ini boleh dilakukan melalui pelbagai cara mengikut keaadaan waktu dan tempat.
(Rujuk Syamsul Al-Haq Al-Azim Al-Abadi 1979, halaman 100-101)
Walaupun telah di jawab di dalam hati seelok-eloknye jawapan tu hendaklah di dengar oleh yang memberi salam bagi mengelakkan sebarang tanggapan yang tidak elok. Dalam ketika memberi salam hendaklah dengan jelas agar dapat di dengar supaya tidak timbul perselisihan faham dan sebaliknya.
Selain itu sebagai peringatan, apabila seorang lelaki memberi salam kepada seorang wanita yang mana pemberi salam itu tidak dikenali, maka hendaklah di pastikan terlebih dahulu tujuannya. Mungkin mereka hendak menggoda atau sengaja nakal hendak mengusik dan sebagainya. Maka dalam keadan begini salam tersebut tidak wajib di jawab pada syarak, kerana ia akan membuka peluang untuk lelaki tadi mendekati wanita serta menyempurnakan niat jahat yang boleh mendatangkan padah kepada kaum wanita, berdasarkan kaedah feqah iaitu menolak keburukan perlu di awasi terlebih dahulu daripada mencari sebarang kebaikan.
Wallahu a'lam.
Sumber Rujukan: Adab Pergaulan Menurut Al-Quran & Al-Sunnah - Dr. Rokiah Ahmad
Jabatan Pengajian Al-Quran & Al-Sunnah UKM.
Tafsir Al-Quran & Hadis